COMING SOON
PENGESAHAN DESIGN DAN RALAT (THE NO VERBAL RULE)
Gifts Lab Ipoh akan membekalkan Digital Mockup untuk semakan akhir (ejaan, font, dan posisi).
Wajib Pengesahan Bertulis: Kami hanya menerima pengesahan melalui balasan mesej bertulis (Contoh: "Proceed", "Confirm"). Arahan melalui panggilan telefon atau Voice Note TIDAK akan diproses bagi mengelakkan pertikaian.
Selepas pengesahan bertulis diterima, sebarang kesilapan ejaan atau design adalah 100% di bawah tanggungan klien. Sebarang cetakan semula (re-print) akan dicaj pada harga penuh produk.
POLISI "CORPORATE WALLET" (KREDIT & EXPIRY)
Klien yang melanggan Corporate Wallet (Tier 1, 2, atau 3) telah membeli "Kredit Slot" pada harga diskaun (Volume Pricing).
Tempoh Sah Laku (Validity): Semua kredit Corporate Wallet mesti ditebus (redeemed) dalam masa 6 Bulan dari tarikh invois dikeluarkan.
Selepas 6 bulan, baki kredit yang tidak digunakan akan terbatal (forfeited) tanpa sebarang refund. Kami bukan bank untuk simpan deposit anda selamanya.
VARIASI MATERIAL & HASIL UKIRAN (THE LASER DISCLAIMER)
Kami menggunakan High-Speed Galvo Laser yang membakar permukaan material (besi, kayu, kulit).
Memandangkan setiap batch pengeluaran kilang (untuk pen, thermos, dll) mempunyai ketumpatan material atau salutan cat (anodized coating) yang berbeza, hasil warna ukiran (engraving tone) mungkin sedikit berbeza antara satu unit dengan unit yang lain. Ini adalah sifat semula jadi proses ukiran laser, bukan kecacatan produk.
POLISI DATA & NAMA (VARIABLE DATA)
Semua senarai nama wajib dihantar dalam bentuk teks digital (Microsoft Word, Excel, atau mesej WhatsApp yang boleh di-copy).
Kami berhak menolak fail berbentuk gambar (Screenshot/PDF Image) atau tulisan tangan. Kami bukan kerani taip; caj RM10 akan dikenakan jika pihak kami perlu menaip semula senarai nama anda.
BARANG TIDAK DITUNTUT (ABANDONED GOODS)
Untuk pesanan Self-Pickup di Station 18, klien wajib menuntut barang dalam tempoh 14 Hari selepas dimaklumkan barang telah siap.
Selepas 30 hari tanpa sebarang tuntutan, pihak Gifts Lab Ipoh berhak melupuskan (dispose) atau menyumbangkan barang tersebut tanpa sebarang notis lanjut dan tiada pemulangan wang (refund) akan diberikan. Ruang operasi kami bukan stor penyimpanan percuma.
TERMA PEMBAYARAN & PEMBATALAN
Operasi Zero-Risk: Tiada kerja design atau ukiran akan dimulakan selagi pembayaran penuh (atau deposit 50% yang dipersetujui) belum diselesaikan.
Non-Refundable: Memandangkan produk ini adalah Custom-Made (diukir dengan logo/nama anda) yang tidak boleh dijual semula kepada pihak lain, semua transaksi yang telah disahkan adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (Strictly No Refunds).